Spotlight: Dafar Syarikat guna internet
Daftar syarikat guna internet
Oleh Munir Ana’am Zuljadan
HERO Ventures Sdn Bhd yakin pendaftaran syarikat
menerusi laman webnya bakal menjadi penyumbang besar kepada keuntungan syarikat
bagi tahun kewangan 2005.
Pengarah Urusannya, Rustum
Ali Khan berkata, sehingga ini, laman web Hero Ventures, www.readycompanies.com
menerima purata 20 permohonan pendaftaran syarikat dengan nilai transaksi lebih
RM20,000 sebulan.
“Penggunaan sistem internet untuk mendaftar syarikat
kini semakin popular berikutan prosesnya mudah.
“Kini, pelanggan tidak
perlu menghubungi ataupun keluar mencari mereka yang menyediakan perkhidmatan
kerana semuanya disediakan dalam laman web.
“Melalui laman web ini,
pemohon hanya perlu mengisi borang lengkap dalam talian disediakan dengan
maklumat nombor kad pengenalan dan nama syarikat pilihan,” katanya.
Beliau berkata, perkhidmatan disediakan melalui laman web adalah
pendaftaran syarikat persendirian, perniagaan, lesen Kementerian Kewangan (MoF)
dan kursus latihan pengarah syarikat yang tidak disenaraikan di Bursa Malaysia.
Katanya, laman web itu mempunyai 90 halaman menyediakan butiran
terperinci cara mendaftar syarikat bermula bagaimana memilih nama syarikat
sehingga kepada kelayakan menjadi pengarah.
Selain itu, katanya,
terdapat sedikit maklumat dan panduan berkaitan pendaftaran syarikat dan
perniagaan untuk memudahkan pelanggan membuat keputusan perniagaan bakal
diterokai.
“Proses kelulusan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
adalah sama tetapi kami menawarkan kemudahan sehenti kepada
pemohon.
“Oleh itu, bakal usahawan ingin tahu mengenai perkhidmatan
ditawarkan boleh melayari www.readycompanies.com atau hubungi 03-4041 0000/4041
4000 atau faksimili 03-40420723,” katanya.
Metro - Dafar Syarikat guna internet - 05 November 2004