Daftar Syarikat SDN BHD, Penubuhan Syarikat Sendirian Berhad
Pendaftaran Syarikat SDN BHD,Penubuhan Syarikat Sdn Bhd Baru
Daftar Syarikat Sendirian Berhad, Tubuh Syarikat Sendirian Berhad baru
Perkhidmatan Setiausaha Syarikat Sendirian Berhad
Mendaftarkan Perniagaan Sebagai Syarikat Sendirian Berhad
Jika syarikat pemilikan tunggal lebih cepat dan murah untuk didaftarkan dan mempunyai kelebihan dari segi prosedur cukai dan audit, mengapakah pula ada usahawan memilih untuk mendaftarkan syarikat mereka sebagai syarikat sendirian berhad (Sdn Bhd)?
Ada beberapa sebab mengapa ini berlaku, dan berikut adalah di antara sebab-sebab utamanya
PENDAFTARAN SYARIKAT SDN BHD BARU - Online
Entiti Menurut Perundangan
Sebuah syarikat Sdn Bhd adalah satu entiti sah yang berasingan, terpisah dari identiti pemegang saham, pengarah ataupun ahli-ahlinya. Oleh itu, barang-barang yang dimiliki oleh syarikat adalah hakmilik syarikat dan bukannya hakmilik orang perseorangan. Begitu juga dengan hutang yang harus dilangsaikan – syarikatlah yang bertanggungjawab menyelesaikannya. Sebaliknya, dalam kes pemilikan tunggal, pemilik perniagaan itu bertanggungjawab sepenuhnya bagi aset dan juga liabiliti syarikat.
Liabiliti Menurut Perundangan
Sebuah syarikat Sdn Bhd dan pemiliknya adalah dua entiti yang berasingan dari segi perundangan. Jika seseorang menyaman syarikat itu atas sebab-sebab tertentu, pemilik syarikat itu berkemungkinan hanya akan kehilangan apa yang dia telah laburkan dalam syarikat.
Dalam kes pemilikan tunggal pula, pemilik syarikat dan syarikat itu adalah satu entiti yang sama dari segi perundangan. Oleh itu, pemilik syarikat berkemungkinan akan hilang keseluruhan wang simpanan dan hartanya jika seseorang menyaman syarikat itu dan menang. Dalam ertikata lain, liabiliti pemilik syarikat tidak terhad kepada jumlah yang dilaburkannya di dalam syarikat.
Oleh itu, jika anda menjalankan perniagaan seperti khidmat nasihat yang mana ia lebih berisiko untuk menghadapi tindakan undang-undang, anda disyorkan untuk mendaftarkannya sebagai syarikat Sdn Bhd sebagai alternatif yang lebih selamat.
Modal Yang Besar Diperlukan
Bagi perniagaan yang memerlukan modal yang besar, syarikat Sdn Bhd membolehkan pembahagian saham kepada para pemegang saham. Dalam ertikata lain, terdapat lebih ramai orang yang boleh melabur dan menyalurkan dana tambahan. Pemilik syarikat pemilikan tunggal pula terpaksa mencari sumber kewangannya sendiri.
Pinjaman Bank
Kelulusan pinjaman bank bagi kedua-dua syarikat pemilikan tunggal dan syarikat Sdn Bhd adalah bergantung kepada jaminan yang boleh diberi kepada pihak bank - TETAPI SYRIKAT SDN BHD - LEBIH DI UTAMAKAN.
Kesinambungan Perniaagan syarikat
Syarikat Sdn Bhd akan terus wujud walaupun selepas kematian pemegang saham, pengarah ataupun ahli-ahlinya. Saham orang yang meninggal dunia boleh diserahkan kepada orang lain, sepertimana yang dituliskan dalam surat wasiat, dan kewujudan syarikat itu tidak terganggu. Tiada persoalan mengenai pembahagian aset syarikat kepada waris pemegang saham yang meninggal dunia. Atas kehendak waris, saham itu boleh dijual dan pemilik baru saham tersebut akan menjadi pemegang saham syarikat. Tetapi dalam kes pemilikan tunggal, apabila pemiliknya meninggal dunia, keseluruhan perniagaan itu, beserta dengan aset dan liabilitinya akan diuruskan mengikut wasiat atau dibahagi-bahagikan seperti yang termaktub dalam Surat Pentadbiran.
Pelepasan Cukai Pendapatan
Kesemua perbelanjaan yang terbabit dalam pemerolehan pendapatan sebuah syarikat Sdn Bhd itu boleh diberi pelepasan bagi tujuan cukai pendapatan. Pelepasan termasuklah faedah ke atas pinjaman yang diambil bagi modal pusingan, gaji pekerja, komputer, kereta dan yuran audit dan cukai.
Persepsi Am
Secara amnya, sebuah syarikat Sdn Bhd itu dilihat sebagai lebih profesional. Salah satu sebab bagi persepsi ini mungkin kerana syarikat Sdn Bhd memastikan kesinambungan syarikat berterusan. Ini meyakinkan pelanggan yang mungkin berasa bimbang kalau-kalau syarikat dengan mana mereka berurusan itu tiba-tiba lenyap.
CARA-CARA PENUBUHAN SYARIKAT Sendirian Berhad atau lebih dikenali sebagai Daftar SDN BHD
Penubuhan Syarikat SDN BHD Baru - Carian Nama Syarikat Sdn Bhd
Sila buat CARIAN NAMA SYARIKAT - samada sudah di gunakan atau belum sebelum isikan borang online untuk penubuhan syarikat sdn bhd yang baru
Carian Nama Syarikat Sdn Bhd BARU - Carian Nama
PENUBUHAN SYARIKAT SDN BHD BARU - Online
NAK CEPAT LAGI - TAK BOLEH TUNGGU
SYARIKAT SDN BHD TERSEDIA DALAM MASA 60 MINIT
READY MADE SHELF COMPANIES - READY IN ONE HOUR
SHELF COMPANIES - READY IN ONE HOUR
Ingin Berdaftar dengan Kementerian Kewangan
untuk Lesen Kewangan
PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN - MOF REGISTRATION
.: Site Map :. .: Privacy Policy :. .: Copyright :. .: Location Map :.