Newspaper Articles - Hero Ventures
Metro - Setiausaha syarikat melalui internet - 13 September 2006
Setiausaha syarikat melalui internet
Oleh
Ahmad Nazri Mohamad
ahmadnazri@hmetro.com.my
PENDAFTARAN syarikat dan perniagaan melalui internet menjadikan
pengwujudan perusahaan dan perniagaan lebih mudah, cepat dan menjimatkan masa.
Menyedari keperluan dunia perniagaan mengalami
kepesatan perubahan selaras dengan perkembangan teknologi, Hero Ventures Sdn
Bhd (Hero Ventures) menceburi perniagaan kesetiausahaan syarikat melalui
internet bagi memenuhi keperluan usahawan dan bakal usahawan tempatan.
Pengarah Urusannya, Rustum Ali Khan, berkata sejak www.ReadyCompanies.com
ditubuhkan, kira-kira 20 permohonan pendaftaran syarikat diterima membabitkan
transaksi bernilai lebih RM20,000 setiap bulan.
Dia berkata, www.ReadyCompanies.com menjalankan urus niaga
pendaftaran syarikat tempatan dan luar negara termasuk penyertaan Amerika
Syarikat, United Kingdom dan Jerman yang berminat untuk mengetahui proses
penubuhan syarikat di Malaysia.
Menurutnya, penggunaan internet juga memberi kelebihan ke atas
e-dagang 24 jam.
“Usahawan tidak perlu membuang masa untuk ke sesuatu tempat,
mencari maklumat pendaftaran dan maklumat berkaitan dengan syarikat setiausaha.
“Hujung minggu lalu saja, saya menerima dua pendaftaran secara
dalam talian (online) yang membolehkan usahawan bekerja mengikut masa mereka
sendiri,” katanya.
Rustum percaya purata yang diperolehnya dalam sebulan adalah
berpatutan berdasarkan nilai RM100,000 yang dilaburkan.
www.ReadyCompanies.com mempunyai lebih 90 halaman yang menyediakan
segala maklumat untuk mendaftar syarikat bermula daripada pemilihan nama syarikat
hingga kepada siapa yang layak menjadi pengarah syarikat.
Selain itu, ada juga borang pendaftaran untuk penubuhan syarikat,
perniagaan dan lesen Kementerian Kewangan lengkap dengan senarai kod bidang
untuk kemudahan pelanggan.
Bagi perkhidmatan selepas penubuhan, ada borang khas disediakan
seperti salinan dokumen syarikat yang disahkan dan resolusi pengarah.
Menerusi laman web itu, pemohon hanya perlu mengisi borang lengkap
dalam talian yang disediakan dengan maklumat nombor kad pengenalan, nama syarikat
pilihan dan butiran terperinci untuk menghubungi pelanggan bagi memudahkan
urusan.
Proses kelulusan dengan Suruhanjaya Pendaftar Syarikat adalah sama
tetapi Hero Ventures menawarkan kemudahan sehenti kepada pemohon.
Pemohon tidak perlu bersusah payah mencari tempat hendak
mendaftar, cara mengisi borang, berbaris dan seterusnya menunggu kelulusan.
Dengan hanya mengisi maklumat penting dalam laman web, pengendali
web akan mengikuti perkembangan syarikat yang akan ditubuhkan.
Pelanggan hanya perlu datang untuk tandatangan dokumen apabila
semuanya selesai dan pihak kami akan memastikan ia berjalan dengan lancar dalam
masa 10 hari .
Di www.ReadyCompanies.com juga ada maklumat rujukan pelanggan
seperti sejarah penubuhan hingga perkhidmatan disediakan Hero Ventures.
Metro - Setiausaha syarikat melalui internet - 13 September 2006
Other Services
READY MADE SHELF COMPANIES - READY IN 60 MINUTES
BRAND NEW COMPANY REGISTRATION - 10 Days
PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN / MOF REGISTRATION
SSM CORPORATE DIRECTORS TRAINING PROGRAMME (CDTP)
.: Site Map :. .: Privacy Policy :. .: Copyright :. .: Location Map :.
Location Map