Daftar Syarikat, Pendaftaran Syarikat SDN BHD, Penubuhan Syarikat, Syarikat Tersedia - Setiausaha Syarikat ROC
Daftar Syarikat SDN BHD, Penubuhan Syarikat Sendirian Berhad Pendaftaran Syarikat SDN BHD,Penubuhan Syarikat Sdn Bhd Daftar Syarikat Sendirian Berhad, Tubuh Syarikat Sendirian Berhad Perkhidmatan Setiausaha Syarikat Sendirian Berhad
CARA-CARA PENUBUHAN SYARIKAT Sendirian Berhad atau lebih dikenali sebagai Daftar SDN BHD
Syarat-syarat penubuhan syarikat baru (Sdn Bhd.), memerlukan pengarah sekurang-kurangnya 2 orang warganegara Malaysia, yang berumur melebihi 18 tahun keatas. Usahawan juga hendaklah memberi butir-butir peribadi seperti nama, alamat terkini dan 3 keping salinan kad pengenalan dan nombor talipon.
Usahawan perlu memberi nama syarikat sdn bhd baru sekurang-kurangnya 3 nama syarikat baru yang belum lagi didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Syarikat atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 3 nama syarikat baru yang diberikan adalah sekiranya jika salah satu nama ditolak, nama yang berikutnya akan digunakan untuk carian nama seterusnya. Pemilihan nama syarikat sdn bhd baru adalah sangat penting dan cara cara untuk memilih nama syarikat baru adalah diterangkan.
Pilihan Nama Syarikat Baru
Penubuhan Syarikat SDN BHD Baru - Carian Nama Syarikat Sdn Bhd melalui laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Kesemua usahawan / pengarah syarikat perlu hadir ke pejabat kami untuk menandatangani borang butir-butir peribadi ataupun melalui talian terus di internet Online Company Registration Form
Yuran Penubuhan syarikat sdn bhd baru adalah RM 3,000.00 dan ini merangkumi semua bayaran sampai siap
tidak ada caj caj tambahan yang tidak disangkakan Yuran Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd Baru
Seterusnya pihak kami akan mengisi borong permohonan carian nama iaitu borang 13A akan diserahkan ke Pejabat Pendaftaran Syarikat atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendapatkan kelulusan nama syarikat. Carian nama syarikat tersebut akan mengambil masa selama 4 atau 5 hari untuk diluluskan.
Selepas mendapat keputusan carian nama, pihak setiausaha syarikat akan menghubungi pelanggan melalui talian untuk meneruskan proses tersebut. Disini kami telah menyediakan beberapa jenis borang untuk ditandatangani seperti Memorandum and Articles of Association (M&A) dan Borang 48A. Setelah ditandatangani oleh pengarah syarikat kami akan menyerahkan borang M&A tersebut ke pejabat duti setem dan Borang 48A akan diserahkan ke Suruhanjaya Sumpah.
Untuk mendapatkan lesen perniagaan (borang 9). Pihak Setiausha Syarikat akan melampirkan dengan borang yang lain seperti Borang 6, Surat Kebenaran dan surat lampiran (Covering Letter) ke Pejabat Pendaftaran Syarikat atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ia akan memakan masa selama 4 atau 5 hari. Seterusnya pihak setiausaha syarikat akan menyedikan dokumen-dokumen seperti Borang 24, Borang 49, Borang 44 dan Mesyuarat Agong Pertama (First Board Meeting) untuk menandatangani oleh pengarah-pengarah syarikat.
Borang yang telah ditandatangani tersebut akan diserahkan di Pejabat Pendaftaran Syarikat atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai rujukan. Setelah penghabisan proses tersebut pihak Setiausaha Syarikat akan memberi salinan Borang 24, Borang 49, Borang 44, Memorandum and Articles of Association (M&A) untuk rujukan pelanggan dan dalam masa yang sama pihak setiausaha syarikat akan menyediakan Resolusi Bank untuk membuka akaun semasa syarikat.