Newspaper Articles - Hero Ventures
Utusan - Mendaftar syarikat - Internet sebagai platform pantas - 20 October 2004
PROSES mendaftar sebuah syarikat baru di negara ini boleh mengambil masa yang panjang. Banyak masa dihabiskan untuk melaksanakan proses tersebut bermula dari mendapatkan maklumat sehingga penyerahan borang yang sudah lengkap dan akhirnya menunggu kelulusan.
Proses tersebut memakan masa yang agak lama kerana ia akan melibatkan proses pencarian nama dan juga proses pendaftaran dokumen penubuhan bagi syarikat dan juga perniagaan itu sendiri.
Menyedari mengenai masalah tersebut, Rustum Ali Khan melalui syarikatnya, Hero Ventures Sdn. Bhd. yang menceburi bidang perkhidmatan mendaftar syarikat telah beralih ke Internet untuk membantu mempercepatkan proses pendaftaran syarikat oleh usahawan.
Usahawan atau bakal pelanggan hanya perlu mendaftar syarikat mereka dengan mengunjungi laman web www. ReadyCompanies.com.
Rustum berkata, mendaftar secara dalam talian dapat mengatasi kesukaran ketika melaksanakan proses-proses yang memakan masa itu.
``Anda tidak perlu keluar dari rumah ataupun pejabat untuk membuat pendaftaran sebuah syarikat ataupun perniagaan,'' katanya.
Bagaimanapun, setiap pesanan yang diterima melalui laman web akan dibuat pengesahan kali kedua menerusi talian telefon sebelum proses pendaftaran dimulakan.
Rustum, yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun di dalam industri kewangan, mengambil keputusan sembilan tahun lepas untuk membangunkan syarikatnya sendiri yang menawarkan perkhidmatan pendaftaran syarikat.
Beliau juga menggunakan Internet sebagai medium pendaftaran dan membangunkan laman web syarikatnya sendiri bertujuan memudahkan usahawan.
Melalui keahlian di dalam Webmaster Forum yang berpusat di Amerika Syarikat, Rustum memegang peranan ini selain menjadi pengasas dan setiausaha syarikat berlesen itu.
Beliau mendakwa perkhidmatan mendaftar syarikat dan membayar yuran melalui kad kredit secara dalam talian yang ditawarkan oleh syarikatnya adalah yang pertama seumpamanya di negara ini.
Rustum yang sentiasa mengemaskini laman web itu bagi memasukkan maklumat terkini berkata, maklumat di laman webnya adalah antara ciri yang membantunya menjadi perkhidmatan pendaftar syarikat yang mendapat tempat pertama menurut enjin carian Google dan Yahoo.
Laman web itu, katanya, berada di tempat pertama sejak Julai lepas dan akan dapat terus mengekalkan kedudukannya itu jika ia sentiasa dikemaskini.
Beliau menambah, laman web itu secara puratanya menjalankan urusniaga pendaftaran bagi 10 syarikat setiap bulan, dengan urusniaga berjumlah lebih RM20,000.
Rustum percaya purata yang diperolehinya dalam sebulan adalah berpatutan berdasarkan jumlah pelaburan RM100,000 yang dilakukan syarikatnya.
Perkhidmatan bayaran melalui kad kredit dilakukan dengan mendapatkan kerjasama khidmat vendor pembayaran yang terjamin Commerce Payment Sdn. Bhd.
Kerjasama itu membolehkan laman webnya menawarkan pembayaran melalui kad kredit yang berjumlah lebih daripada RM2,000 bagi pendaftaran syarikat baru.
Berada di Internet, kata Rustum, turut memberi kelebihan untuk beliau mengambil kesempatan sepenuhnya ke atas e-perdagangan yang boleh didapati 24 jam sehari.
``Hujung minggu lepas sahaja, saya menerima dua pendaftaran dalam talian, yang membolehkan usahawan bekerja mengikut masa mereka sendiri,'' katanya.
Rustum menambah bahawa syarikatnya juga menerima pertanyaan dari Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jerman yang mahu mengetahui bagaimanakah proses menubuhkan syarikat di sini melalui kerjasama dengan rakan di Malaysia.
Laman-web itu mempunyai lebih 90 halaman yang menyediakan segala maklumat untuk mendaftar syarikat bermula daripada bagaimana memilih nama syarikat hinggalah kepada siapa yang layak menjadi pengarah syarikat.
Selain daripada itu, terdapat juga borang pendaftaran untuk penubuhan syarikat, perniagaan dan lesen Kementerian Kewangan lengkap dengan senarai kod bidang untuk kemudahan pelanggan.
Untuk segala permintaan perkhidmatan selepas penubuhan, terdapat borang khas disediakan seperti salinan dokumen syarikat yang disahkan, resolusi pengarah dan sebagainya.
Utusan - Mendaftar syarikat - Internet sebagai platform pantas - 20 October 2004
Other Services
READY MADE SHELF COMPANIES - READY IN 60 MINUTES
BRAND NEW COMPANY REGISTRATION - 10 Days
PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN / MOF REGISTRATION
SSM CORPORATE DIRECTORS TRAINING PROGRAMME (CDTP)
.: Site Map :. .: Privacy Policy :. .: Copyright :. .: Location Map :.
Location Map