Newspaper Articles - Hero Ventures
Berita Harian - Laman web khas urusan berkaitan Syarikat - 30 August 2006
KEMAJUAN dalam bidang teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) terutama
internet telah membawa banyak perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan manusia,
termasuk dalam soal mencari peluang perniagaan seperti urusan penubuhan atau
pendaftaran syarikat.
Menerusi internet atau lebih tepat lagi e-perdagangan, orang ramai kini tidak
perlu lagi menghabiskan masa yang panjang dengan beratur dan bersesak di
kaunter jabatan tertentu bagi menguruskan pendaftaran syarikat atau perniagaan
mereka.
Sebaliknya, segala urusan berkenaan yang sebelum ini memerlukan `pengorbanan’
masa dan tenaga, kini boleh dilakukan melalui hujung jari iaitu dengan melayari
laman web yang disediakan bagi tujuan berkenaan.
Ini menjadi kenyataan apabila Hero Ventures Sdn Bhd, syarikat yang terbabit
dalam perniagaan kesetiausahaan menyediakan laman web khas bagi pelbagai urusan
berkaitan syarikat termasuk pendaftaran syarikat di www.ReadyCompanies.com.
Laman web itu mempunyai lebih 90 halaman yang menyediakan segala maklumat untuk
mendaftar syarikat, bermula daripada bagaimana memilih nama syarikat hinggalah
kelayakan untuk menjadi pengarah syarikat.
Selain itu, terdapat juga borang pendaftaran untuk penubuhan syarikat,
perniagaan dan lesen Kementerian Kewangan lengkap dengan senarai kod bidang
untuk kemudahan pelanggan.
Untuk segala permintaan perkhidmatan selepas penubuhan, borang khas juga
disediakan seperti salinan dokumen syarikat yang disahkan, resolusi pengarah dan
sebagainya
Pengarah Urusan Hero Ventures, Rustum Ali Khan, berkata menerusi
www.ReadyCompanies.com, pemohon hanya perlu mengisi borang secara online yang
disediakan termasuk maklumat nombor kad pengenalan dan nama syarikat pilihan.
Beliau berkata, pemohon tidak perlu bersusah payah mencari tempat hendak
mendaftar, bagaimana mengisi borang, berbaris dan seterusnya menunggu
kelulusan.
Katanya, dengan hanya mengisi maklumat penting dalam laman web terbabit,
pihaknya akan mengikuti perkembangan syarikat yang akan ditubuhkan.
“Pelanggan hanya perlu datang untuk menandatangani dokumen apabila semuanya
selesai dan pihak syarikat akan memastikan ia berjalan dengan lancar dalam masa
10 hari.
“Proses kelulusan dengan Suruhanjaya Pendaftar Syarikat adalah sama, tetapi
kami menawarkan kemudahan sehenti kepada pemohon,” katanya satu kenyataan di
Rustam berkata, laman web syarikat juga menyediakan maklumat yang boleh
diperoleh bagi rujukan pelanggan, daripada sejarah penubuhan sehinggalah
perkhidmatan yang ada di Hero Ventures.
Berita Harian - Laman web khas urusan berkaitan Syarikat - 30 August 2006
Other Services
READY MADE SHELF COMPANIES - READY IN 60 MINUTES
BRAND NEW COMPANY REGISTRATION - 10 Days
PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN / MOF REGISTRATION
SSM CORPORATE DIRECTORS TRAINING PROGRAMME (CDTP)
.: Site Map :. .: Privacy Policy :. .: Copyright :. .: Location Map :.
Location Map