KUALA LUMPUR, September 07 2007 - Malaysian Budget 2008 - Bajet 2008 Belanjawan
Perdana Menteri Malaysia- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sdlam ucapan Bajet 2008 Belanjawan sebagai Menteri Kewangan telah mengumumkan - secara ringkasan.
Malaysian Bajet 2008 Belanjawan
Peruntukan RM176.9 bilion, pertambahan 10.9 peratus berbanding Bajet 2007. Sebanyak RM128.8 bilion untuk perbelanjaan mengurus manakala RM48.1 bilion peruntukan pembangunan.
Sejumlah RM30 bilion disediakan untuk Kementerian Pelajaran dan RM6.5 bilion untuk sektor pertanian.
Yuran sekolah menengah dan rendah dimansuhkan.
Buku teks diberikan secara percuma kepada semua pelajar tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
Naikkan beberapa elaun guru, dan memberi insentif elaun sehingga RM60 sejam kepada guru-guru yang mengajar bahasa Cina dan Tamil di sekolah kebangsaan.
Mulai 2008, pencarum KWSP dibenarkan mengeluarkan baki akaun kedua mereka setiap bulan untuk membuat pembayaran ansuran pinjaman perumahan.
Pengecualian 50 peratus duti setem ke atas surat cara pindah milik bagi kediaman yang tidak melebihi harga RM250,000 seunit.
Pengecualian duti setem sepenuhnya diberi ke atas pindah milik hartanah daripada suami kepada isteri.
Kerajaan sediakan dana RM50 juta untuk kemudahan pinjaman perumahan rakyat yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti petani dan pengusaha kecil.
Bilangan pelajar ijazah pertama yang mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam dinaikkan kepada 10,000 mulai 2008 daripada 5,000 pada masa sekarang.
Elaun sara hidup pelajar tajaan kerajaan di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada dinaikkan sehingga 97 peratus berkuat kuasa mulai September 2007.
Pengambilan 60,000 anggota polis baru dalam tempoh lima tahun dan pembelian tambahan 2,000 unit kereta dan 1,600 buah komputer untuk pasukan polis.
RM12 bilion akan dibelanjakan dalam tempoh empat tahun untuk tingkatkan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Potongan cukai diberi kepada majikan yang sediakan komputer baru dan membayar langganan jalur lebar bagi kakitangan.
Pelepasan cukai sehingga RM5,000 ke atas yuran pengajian pasca ijazah mereka yang melanjutkan pelajaran, terbuka kepada semua bidang.
Cukai korporat diturunkan kepada 26 peratus bagi tahun 2008.
SISTEM cukai pendapatan satu peringkat dicadang diperkenalkan mulai 2008 bagi meningkatkan kecekapan dan memudahkan pentadbiran cukai korporat.
Menerusi sistem cukai satu peringkat, keuntungan hanya dikenakan cukai di peringkat syarikat dan dividen yang diterima dikecualikan cukai.
Tempoh peralihan enam tahun akan diberikan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan sistem cukai satu peringkat.
Penguragan lanjut cukai korporat sebanyak 25 peratus akan dilaksanakan pada 2009. Cukai Korporat pada 2008 ialah 26 peratus.
Pengecualian cukai setem ke atas instrumen berkaitan penggabungan dan pengambilalihan syarikat senarai awam (PLC) akan dilanjutkan hingga 31 Disember, 2010.
Lebih 1,000 vendor Petronas diminta bergabung supaya lebih kompetitif di peringkat global. Pengecualian duti setem akan diberi atas semua instrumen berkaitan penggabungan vendor-vendor yang dilaksanakankan sebelum 31 Disember, 2010.
Pemilikan syarikat pengurusan dana dan syarikat pengurusan REIT dibenarkan sehingga 70 peratus, dengan baki pemilikan minimum 30 peratus di kalangan Bumiputera kekal.
Kadar komisyen bagi dagangan Internet dan transaksi tunai pendahuluan boleh dirundingkan sepenuhnya bagi mengurangkan kos transaksi dalam perkongsian pelaburan oleh pelabur runcit.
Yuran penjelasan akan dikurangkan kepada 0.03 peratus daripada 0.04 peratus, dengan yuran maksimum RM1,000.
Caj minima bagi transaksi pembrokeran ditetapkan pada kadar RM40.
Membenarkan syarikat pengurusan dana Islam memiliki sehingga 100 peratus pegangan asing.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan menyalurkan dana RM7 bilion untuk diurus oleh syarikat syarikat pengurusan dana Islam.
Membenarkan keseluruhan aset yang diurus oleh syarikat pengurusan dana Islam dilabur di luar negara
Pengecualian cukai hingga 2016 akan diberikan bagi membiyai syarikat pengurusan dana atas semua yuran yang diterima berhubung aktiviti pengurusan dana Islam.
Bagi menarik pelaburan dari Timur Tengah, insentif cukai akan diberikan untuk syarikat pembrokeran sedia ada bagi menubuhkan anak syarikat pembrokeran Islam.
Tiga lesen baru broker saham akan ditawarkan kepada syarikat terkemuka yang boleh menarik dana dan menjadi pengantara bagi aliran perniagaan dan urus niaga di Timur tengah.
Bagi mempromosikan lagi industri Takaful, beberapa cukai lain akan ditingkatkan, termasuk pemotongan cukai atas pembahagian keuntungan yang diagihkan.
Syarikat Luar Persisir Labuan diberi opsyen untuk dicukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
Pengecualian duti setem 50 peratus diberi atas dokumen pemindahan bagi pembelian sebuah rumah, bagi jumlah tidak melebihi RM250,000 seunit.
Pelaburan Hartanah Bumiputera Bhd mewujudkan dana RM400 juta bagi meningkatkan pelaburan hartanah Bumiputera di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).
Kerajaan menyediakan peruntukan tambahan RM100 juta untuk menarik pelaburan berkaitan perkhidmatan kesihatan di WPI.
Hero Ventures - Company Secretarial Services
READY MADE SHELF COMPANIES - READY IN 60 MINUTES
BRAND NEW COMPANY REGISTRATION - 10 Days
PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN / MOF TREASURY REGISTRATION
Daftar ENTERPRISE / SOLE PROPRIETOR / PARTNERSHIP REGISTRATION - ROB
Winding Up / Closing Down Inactive Dormant Company
COMPANY SEARCHES / CORPORATE INFORMATION Search - Sdn Bhd Enterprise
SSM CORPORATE DIRECTORS TRAINING PROGRAMME (CDTP)
Hero Ventures - Company Secretarial Services
CONTACT US :
HERO VENTURES SDN BHD
Tel No : 019 - 394 0000, 016 - 286 0000, 012 - 3900 700 - Mr. Rustum
Tel No : 03 - 4041 0000, 4041 4000, 4043 4000, 4044 4000, 4044 7000, 4044 8000, 4044 9000
Fax No : 03 - 4042 0723
Address : No. 40-2, Second Floor, Jalan 14/48A, Sentul Raya, Off Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur
Location Map
.: Site Map
:. .: Privacy Policy
:. .: Copyright
:. .:
Location Map :.
Copyright @ 2007 - HERO VENTURES SDN. BHD. - Company Registration Specialist